Game Mesra Kanak Kanak untuk PS4

Ramai sebenarnya yang bertanya dan tak berapa tahu bila nak cadangkan game dekat kanak2 zaman sekarang ni. Jadi, Kyo ingatkan elok gak buat list untuk game yang pernah release untuk PS4 yang dikatakan sesuai untuk bebudak. Kemungkinan besar tak ada game exclusive PS4 yang memang dibuat untuk kanak kanak saja. Tapi kita tengok dulu list di bawah.


Fifa. (mana mana tahun pun)

Kalau diikutkan, game bola atau game game sukan sangat sesuai untuk bebudak. Kalau ikut control main game bola, tak rumit sangat. Tapi dengan syarat, dia lebih sesuai untuk mereka yang dah darjah 4 dan keatas. Time ni bebudak dah suka main bola kat padang dah pun, takpun kat jalan saja. Mana lah tahu, kalau start main kat FIFA yang latest, boleh jugak dapat legend baru yang melepasi Mokhtar Dahari. Amin…
Titles yang ada so far: Dari 2014 sampai lah latest.


Lego Series

Kalau bab game kanak2, ramai jugak akan recommend game Lego. Tak kiralah Lego dengan Marvel ker, Batman ker, Hobbit ker, Jurassic World ker, hampir semua jenis game Lego yang keluar tu sesuai habis untuk kanak-kanak. Yang kurang sesuai dalam rangkaian Lego ni, adalah Lego Dimensions. Dia bukan tak sesuai untuk kanak kanak, tapi tak sesuai untuk wallet mak bapak kepada kanak-kanak tu. Haha. (Starter pack dia jer RM 750 kot)
Titles yang ada so far: Lego The Hobbit, Lego Marvel Super Heroes, Lego Batman 3, Lego Jurassic World, Lego Dimensions, The Lego Movie: The Game. Lego Avengers belum keluar lagi.

minecraft

Minecraft (Story Mode)
Kyo tak sure macammana, tapi rata-rata bebudak yang membesar kat Malaysia ni, hampir semua tahu pasal Minecraft. Mana diorang tahu, Walahualam. Tetapi ramai yang sedar Minecraft ada tarikan yang pelik kepada bebudak untuk terus main. Graphic tak lah best mana, tapi akibat seronok tengok orang lain main, terus jadi sensasi. Kalau untuk PS4, ada dua jenis. Satu memang Minecraft semata mata. Lagi satu siap dengan story untuk Minecraft. Dua-dua game ok dan sesuai habis.
Titles yang ada so far: Minecraft dan Minecraft Story Mode

lbp3

Little Big Planet 3
Kalau bab reka level sendiri, Little Big Planet 3 antara yang paling best. Walaupun Minecraft dah cukup ok, yang ni lebih kepada pembinaan game platformer. Atau dengan erti kata lain, lompat lompat dan teruskan ke arah kanan. Macam Mario. Kalau malas nak buat level sendiri, try level orang lain dari serata dunia yang cukup smart jugak. Ini lah antara game paling exclusive untuk PS4 yang aim dia buat satu keluarga main bersama.

Series Disney Infinity
Yang ini lagi satu series yang sangat sangat sesuai. Pasal Disney. Kalau diikutkan, untuk PS4 ada 2 edition saja, 2.0 dan 3.0. Asalnya dia start promote character Disney dulu. Lepas tu 2.0 dia pakai Marvel punya hero dgn penjahat. Dan baru baru ni, Star Wars. kalau terasa nak pakai Iron Man belasah Mickey Mouse, game ni sesuai untuk benda camtu (tapi jangan diajar kat budak tu pulak).Selain daripada game yang diberi sekali berdasarkan universe yang ada, kanak kanak juga boleh buat level sendiri dalam Toy Box mode. Harga set ni pun murah sebenarnya. Untuk RM 270, boleh dapat 2 mainan ngan game dia sekali. Tapi, kalau kanak kanak start mintak mainan dia, jangan terkejut kalau derang jual setiap satu RM 70. Bahaya tu.

tearaway

Tearaway Unfolded
Kalau nak cari game yang adventure tapi sesuai untuk bebudak, Kyo juga akan recommend Tearway Unfolded. Dari studio yang buat Little Big Planet, game ni berasaskan kertas. Dari karekter, ke dunia, semuanya kertas. Visuals yang comel membuatkan game ni ada daya tarikan dia tersendiri untuk buat kita terus bermain.

megaman

Megaman Legacy Collection (akan datang 23 Feb 2016)
Kalau bab game legend, Megaman ni wajib. Walaupun belum keluar time Kyo tengah tulis post ni, semua veteran yang pernah main tau betapa seronok dan simple (dan susah giler) bila nak main game ni. Boss yang menarik, gameplay yang smart membuatkan game ni layak dimain sampai lah bila bila.

rl

Rayman Legends
Nak cari game macam Mario tapi tak mampu nak beli console Nintendo WiiU? Rayman Legends adalah pilihan yang paling sesuai nak ganti dengan Mario. Concept sama, tapi graphic lagi cantik dari Mario. Boleh main sampai 4 orang sekali. Dan level game dia banyak jugak. Boleh tahan lama ni. Kalau main dengan bini pun best juga.

Apa macam list Kyo? Rasanya banyak jugak dah tu boleh cover untuk kanak kanak main sekali. Yang dah veteran main game toksah risau, game game ni boleh cover time kanak kanak tengah kacau kita nak layan Facebook cari game yang lagi sesuai ngan jiwa kita pulak. Haha.

Nak cari game game ni? Contact kyo kat kyos.game.mart@gmail.com. InsyaAllah Kyo boleh tolong. ๐Ÿ˜€

PS: Ada hamba Allah mintak masukkan Knack sekali dalam list. InsyaAllah nanti Kyo tulis. Terima kasih dan Kyo doakan hamba itu sihat sentiasa. ๐Ÿ˜€ Kalau rasa ada yang sesuai untuk ditambah, bagitau sekali yer? ๐Ÿ˜€

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s